Tuesday, August 17, 2010

Salam Kembali..

Dah lama x menulis di blog ni...
hidup pn dh berubah..kawan-kawan pun bersilih ganti...
kian mencabar...penuh dengan seribu satu rintangan...
yang dengan soal kerjanya..soal pelajarannya...
soal hati dan perasaannya...

tapi aku harap..
aku x kan lupakan-Nya..
semoga Dia terus bersamaku...

Monday, April 13, 2009

Kenal diri.....

Mengenal cela diri

Masakini, terdapat ramai manusia yang tahu keburukan yang ada tetapi berpura-pura seperti ia tidak mengetahuinya. Lebih buruk lagi apabila perangai manusia yang melihat keburukan dan cela orang lain tetapi tidak menyedari cela dirinya sendiri. Oleh sebab itu adalah penting setiap manusia itu menyedari cela sendiri. Dan bagi memudahkan kita menyedari cela yang ada pada diri ada beberapa cara yang boleh dilakukan:


Berdampingan dengan guru
Cara pertama adalah hendaklah seseorang itu duduk dan bergaul dengan seorang guru yang bijaksana dan mempunyai keistimewaan dan pandai tentang perihal penyakit jiwa. Orang tersebut hendaklah mengikut nasihat yang diberi dan kemudiannya melakukannya dengan sesungguh hati. Guru yang baik akan memberitahu perkara yang menjadi aib muridnya agar ia dapat membetulkannya dan memberitahu pula cara untuk menyembuhkannya.


Mencari sahabat sejati
Jalan yang kedua pula ialah hendaklah orang yang mahu mengetahui cela dirinya mencari seorang sahabat yang boleh dipercayai. Sahabat yang bercakap benar yang akan mengatakan apa kesalahan yang telah dilakukan. Selain itu seorang sahabat juga haruslah pandai memeriksa dan kuat agamanya. Ini adalah supaya sahabat itu sentiasa meneliti hal ehwal rakannya dan segala kelakuannya. Jikalau rakannya itu berbuat sesuatu yang tidak baik, hendaklah dia diingatkan dan dengan terang menjelaskan keburukan yang dilakukannya.


Ambil pengajaran kata-kata musuh
Hendaklah seseorang itu mengambil manfaat daripada kata-kata musuh tentang cela atau keburukan dirinya. Ini kerana kata orang yang membenci itu melihat banyak keburukan yang ada pada diri musuhnya. Kadang-kadang mengambil kata-kata musuh itu lebih banyak manfaatnya daripada mengambil kata-kata sahabat yang memuji-muji. Tapi jarang antara kita yang memberi perhatian daripada kata-kata musuh. Kebanyakan dari kita menganggap bahawa katakata musuh itu lebih bersifat kedengkian dan dusta semata-mata. Namun orang yang bijak dia tidak akan membuang terus kata-kata musuhnya. Dia akan mengambil iktibar memperbaiknya. Malahan orang yang menggunakan akal fikiran yang sihat pasti akan berterima kasih kepada musuh kerana menampakkan cela dan keburukan dirinya yang tidak pernah diucapkan oleh sahabat-sahabat yang lain.


Bergaul dengan masyarakat.
Hendaklah seseorang itu bergaul dengan masyarakat. Apa sahaja yang dilihat sebagai keburukan di kalangan masyarakat sekelilingnya hendaklah digunakan sebagai pengajaran. Ingatlah bahawa seorang mukmin itu adalah cermin bagi orang mukmin yang lain. Dia dapat melihat cela dirinya kerana melihat cela orang lain. Dia akan insaf dan berusaha membersihkan diri daripada cela keburukan yang dilihatnya. Cara ini sudah cukup sebagai pengajaran pada diri manusia. Andaikata seluruh manusia itu meninggalkan segala yang mereka benci daripada orang lain tentunya tidak perlu lagi ada pendidik dan pengasuh jiwa.

Wednesday, April 8, 2009

Tanah, air, api, angin




Kedudukan dalam keluarga juga boleh memberi gambaran terdekat tentang personaliti dirimu. Apatah lagi ia boleh dikaitkan dengan empat unsur asas seperti tanah, air, api dan angin. Jadi, apa kata kamu nilai sendiri keputusan kali ini.


Tanah - Anak pertama, kelima dan kesembilan
Air - Anak kedua, keenam dan kesepuluh
Api - Anak ketiga, ketujuh dan kesebelas
Angin - Anak keempat, kelapan dan kedua belas



Tanah
Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melakukan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.


Air
Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan... bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini


Api
Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.


Angin
Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

Sunday, April 5, 2009

Bangun oii....

10 Saat penting yang membuatkan LELAKI sedar!!


1. Saat teman wanita atau isteri memasakkan makanan kesukaannya.
(aduss..aku x reti masak. Mcmana nih )

2. Saat wanita berpura-pura menikmati acara bola sepak kegemarannya, padahal dia tahu bahawa wanita yang
didampinginya itu lebih suka menonton filem-filem berunsurkan kisah percintaan.

3. Saat wanita yang biasa didampinginya tiba-tiba muncul tanpa diduga olehnya hanya untuk menonton mereka bermain bola sepak atau bowling. (klu dah main bowling tu..join ajela)

4.Saat wanita yang biasa didampingi menghilang dari kehidupannya. Ketika inilah elaki akan sedar bahawa mereka sebenarnya amat memerlukan wanita di samping dirinya.

5. Saat lelaki melihat mata wanita dipenuhi air mata bahagia, ketika mereka mengucapkan, Sayang, aku cinta padamu.

6. Saat wanita membelikan tali leher yang sudah lama menjadi
perhatiannya. (kereta pun ok gak!)

7. Saat wanita lebih memilih dirinya daripada lelaki lain yang sama-sama dekat dengan anda.

8. Saat wanita menelefon dan hanya untuk mengatakan, Aku mencintaimu.

9. Saat wanita mengandaikan merekalah yang dapat menyelesaikan persoalannya.

10.Saat wanita mengajak mereka menemaninya untuk berjumpa doctor hanya keranadia mengadu sakit. (make sure poket korang ada duit..klu tak naya jer)

Tujuh Kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah
dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Beza lelaki handsome dan tak handsome!!

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!…..


kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Sunday, March 29, 2009

Pilih coklat warna putih, hitam atau campuran?




Coklat warna putih..
Kamu memiliki semua kekuatan untuk menaluki dunia. sayangnya kadang kala kamu seakan ragu-ragu untuk membuat keputusan. Padahal jika kamu tahu apa yang ingin kamu capai, pintu kejayaan terbuka untuk kamu.


Coklat susu..
Kamu suka kepada keindahan dan peka terhadap apa yang kamu lihat. bagi kamu, mengenang masa lampau dan mengingat kembali saat-saat indah sewaktu kecil mampu membuat semangat kamu berkobar-kobar.


Coklat hitam..
Kamu berpandangan jauh. Pandangan dan cadangan yang kamu kemukakan selalunya 'up-to-date'. Kamu sentiasa berusaha untuk tampil lain dari yang lain. Selain itu, kamu juga gemar mengumpul barang-barang pemberian orang.


Coklat campuran..
Kamu seorang yang fleksibel. Kamu tergolong antara individu yang kaya dengan wawasan, mudah bagi kamu mengikut pererdaran zaman. Kamu tidak ingin kamu jauh tinggal di belakang.